Meneladani Hidup Manusia Agung MUHAMMAD Rasulullah SAW

Jika kita hendak menulis tentang Rasulullah SAW, tentunya kita memerlukan banyak jilid kerana sirah Rasulullah SAW dan pelbagai aspek keagungan dalam hayat baginda SAW tidak berkesudahan.

Namun, dalam buku ini, Fadhilat As-Syeikh  Muhammad Mutawalli Sya’rawi mempersembahkan beberapa sudut pandangan beliau tentang sirah Rasulullah SAW yang mewangi disusuli dengan pencerahan-pencerahan dalam menggali keagungan Rasulullah SAW yang memiliki akhlak yang agung.

Buku ini bukan hanya untuk dibaca tetapi dinukilkan oleh Syeikh Sya’rawi sebagai satu wahana untuk kita meneladani keperibadian dan kehidupan manusia agung bernama Muhammad SAW

Bahira Mengenali Rasulullah SAW

Risalah Rasulullah SAW telah disebutkan dalam kitab-kitab samawi. Bukan setakat itu sahaja rupa paras Baginda pun turut disebutkan. Para pendeta Yahudi dan rahib-rahib Nasrani telah pun mengenali Baginda SAW sebelum Baginda SAW diutuskan. Mereka telah pun mengetahui bilakah Baginda s.aw. akan diutuskan dan mereka sangat pasti bahawa Baginda SAW pasti diutuskan. 

Antara yang membuktikan hal tersebut ialah kisah bagaimana bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib yang keluar dengan rombongan dagangnya menuju ke Syam. Bersamanya ialah Rasulullah SAW yang ketika itu masih seorang kanak-kanak. Apabila kafilah mereka sampai di Busra yang terletak dalam bumi Syam, di situ ada seorang rahib yang dikenali dengan panggilan Bahira yang menghabiskan masa dengan beribadat di dalam biaranya. Sudah acap kali para kafilah melintasi kawasannya namun dia tidak pun bertegur sapa dan bergaul dengan mereka. 

Tetapi pada kali ini dia telah menyiapkan jamuan makanan yang banyak untuk kafilah ini, kemudian dia keluar dari biaranya dan berkata kepada mereka, “Sesungguhnya saya telah menyediakan makanan untuk kamu hai sekalian orang Quraisy, dan saya suka jika kalian semua dapat datang sama ada yang tua atau yang muda, hamba sahaya dan yang merdeka.” Lalu hal itu menghairankan mereka. Mereka pun berkata, “Dahulu kami lalu di sini dengan kerap tetapi tuan tidak menyediakan apa-apa untuk kami, apakah yang berlaku?” Jawab si rahib, “Aku suka untuk memuliakan kamu.”

ikuti kisah lajut tentang Bahira dan dapatkan naskhah Meneladani Hidup Manusia Agung MUHAMMAD Rasulullah SAW

Klik Terus Beli

Biodata Penulis

Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dilahirkan pada 15 April 1911 di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Beliau tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 11 tahun.

Beliau telah memasuki Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1937 dan beliau menjadi graduan pada tahun 1941 kemudian menyambung pelajaran dalam Pengkhususan Bahasa Arab dan berjaya dalam tahun 1943.

Beliau menulis puluhan buku pelbagai topik tetapi yang paling mendapat tempat ialah Tafsir al-Sya’rawi kerana ia dilihat sebagai ahli tafsir di abad ini  yang dapat menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan uslub yang mudah difahami oleh orang awam.

Dr Yusuf al-Qaradawi menyifatkan Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi seorang ahli al-Quran. Beliau merupakan seorang yang dikurniakan Allah kefahaman al-Quran dan rahsia-rahsianya serta pandangan-pandangannya mempunyai kesan kepada masyarakat umum, sama ada golongan terpelajar ataupun golongan biasa. Tidak semua orang yang membaca al-Quran dapat menyelami makna-makna kecuali diberikan Allah kefahaman tersebut dan Syeikh al-Sya’rawi adalah orangnya yang diberikan Allah kurniaan tersebut. Menurut al-Qaradawi, Syeikh al-Sya’rawi keseluruhan hidupnya adalah untuk berkhidmat kepada agama Islam dan menyebarkan ilmu.

Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi juga terkenal sebagai seorang dermawan dan membuat kebajikan. Beliau mendirikan di kampungnya Daqadus Maahad Al-Azhar, Sekolah Tahfiz, Masjid dan Pusat Kesihatan untuk orang miskin.

Beliau meninggal dunia  pada pagi Rabu 17 Jun 1998. Jenazahnya telah dimandikan oleh Dr Omar Hashim dan diimamkan oleh Sheikul Azhar Dr  Muhammad Sayyid al-Tantawi.

Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang syeikh yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai “Lampu Kebenaran” telah meninggal ketika berumur 87 tahun. Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan lautan manusia sebagaimana mereka berasak-asak sebelum ini untuk mendengar tazkirah dan kuliah semasa hidupnya.

Kedukaan kepada pemergian beliau bukan hanya dirasai oleh  penduduk kampung Daqadus, tempat beliau dilahirkan tetapi turut dirasai oleh jutaan umat Islam yang kehilangan seorang ulama yang berwibawa dan sangat disegani.

Spefikasi Buku

Meneladani Hidup Manusia Agung

MUHAMMAD Rasulullah SAW
RM 30
  • Penerbit : Pertubuhan Kebajikan Dana Insan Malaysia
  • Jumlah Mukasurat : 182 muka surat
  • Karya Asal Bahasa arab : Muhammad Rasulullah SAW
  • Edaran : Tekad Kasih Management (SA0569630-P)
Baru Terbit

Contact Kami

Segala urusan penghantaran dan pembelian boleh hubungi  :

TEKAD KASIH MANAGEMENT (SA0569630-P)

Menara Prima Avenue, B-12-08,
Jalan PJU 1/39, Dataran Prima,
47301 Petaling Jaya, Selangor

Tekad kasih Management 2021 @ design by ifascreative Solution